KES KECURIAN

CERITA RINGKAS :

Sempena cuti sekolah selama 2 minggu kami sekeluarga tidur dirumah mertua di Tutong. Kami bertolak pada hari sabtu 3.8.02, jam 8.00 malam. Pada siang hari Isnin 5.8.02, kami dihubungi melalui telefon (mobile) oleh jiran sebelah yang pintu (cermin) depan  rumah kami terlambah (terbuka). Lock pintu cermin telah tercabut dari skrunya. Skrunya masing terpasang. Grill yang berkunci (bukan kunci mangga) telah dikopak terbuka. Pagar rumah warna hijau kena buka. Rupa-rupanya pagar ani boleh dibuka dengan tangan saja inda payah diputuskan pakai pemotong. Rumahku telah dimasuki pencuri. 

Report arah polis bandar 993 durang suruh polis Sungai Kebun datang. Polis Sungai Kebun menelefon untuk kepastian. Setengah jam kemudian durang pun sampai. Jarak jauh rumahku dari balai inda sampai 2 batu. Polis ambil gambar sana-sini. Ada tanda jari dicermin pintu dan amplifier yang kan dicurinya tapi inda jadi. Amplifier ani sudah berada didepan pintu. Ada tanda tapak tangan ditangga. Tiada langsung pemeriksaan cap jari. Sebatang kail joranku sudah berada diluar pagar.

Lampu rumah dipasang dibawah dan belakang rumah dengan menggunakan automatik timer. Pencuri ani masuk dari pintu depan yang bergrill tapi keluar di pintu belakang. 

BARANG-BARANG BERHARGA YANG DIDAPATI HILANG :

  1. Kamera compact Cannonmate, dibeli di Limbang pada harga RM188. Boleh menggambar automatik pakai timer.

  2. Digital kamera jenama POLAROID PDC640, dibeli di USA secara online (internet) pada harga US$199 + US$40 (urusan pos) dan campur 5% cukai dibayar dipejabat pos Brunei. Didalamnya ada SMARTMEDIA CARD 16MB berisikan gambar-gambar murid sekolah. Pakai 4 biji bateri AA. Ada power cord untuk adaptor tapi inda berfungsi sebab cordnya menggunakan karan 110v sedangkan karan di Brunei berkuasa 230v-240v. Untuk memasukkan gambar kedalam komputer, kamera ini memerlukan sambungan wayar khas ke serial port dan drivernya (CD). Jika ada orang menjual digital kamera ini tanpa wayar, CD dan kotaknya, gerenti besar orang atu adalah pencuri kameraku. Contoh gambar kamera (sila lihat dibawah). Ciri-ciri kamera sila baca disini.

  3. Tiga Tabung besar tinggi sekaki berisikan wang syiling. Dua biji berisi penuh wang syiling Brunei. Sebiji hanya berisi setengah wang syiling Malaysia.

  4. Satu kantung plastik berisikan wang syiling Malaysia dianggarkan dalam RM100.

  5. Mobile jenama Philips dengan sim card GSM. Sudah diputuskan.

  6. Kunci spare 2 buah kereta dan kunci rumah. Satu keychainnya berwarna coklat muda atau kuning kali jua ah. Kunci yang sebuting lagi ada remote kontrol alarm.

  7. Sebiji Teropong hitam $88 dibeli di Hua Ho Yayasan dengan kuasa zoom sehingga 20x (seingatku). Cermin depan nampak kemerahan atau maroon jika dilihat dari tepi atau depan teropong. Ada night vision tapi kuasa night visionnya terlalu sikit. Kalau waktu maghrib gelap sikit saja masih boleh nampak. Tapi kalau gelap gelita inda tia nampak apa-apa.

  8. Wang amah $280. Amah inda merati diajar. Sudah disuruh bawa usin masa berjalan, inda jua mau.

  9. Cincin emas amah.

  10. Beg hadiah dari Standard Chartered.

  11. Beg mengajar berwarna hitam. Diluarnya ada lock. 

Termasuk juga minyak harum berbagai jenama diantaranya BodyShop dan ubat-ubatan. Injection untuk diabetes pun dicurinya.

ORANG YANG DISYAKI

Selepas kejadian tersebut, pada malam selasa, 6.8.02, pada jam sekitar 3.45 - 4.30 pagi, ada sebuah kereta Soluna didapati sedang memandu dibelakang rumahku, jalanraya hampir padang bola sungai Asam, lalu dihadapan Klinik Sungai Asam. Kemudian ia berpusing terus kedepan rumah. Masa ia berada dijalanraya depan rumah, ia memperlahankan keretanya. Setelah melimpasi rumahku ia melajukan semula keretanya dan masuk semula kesungai Asam melalui jalan didepan sekolah Awang Semaun. Melintas lagi dibelakang rumah. Lepas atu lalu lagi dijalanraya depan rumah dengan perlahan. Sudah limpas baru tah laju. Perbuatan ani dibuatnya sampai 3 kali. Warna kereta dan flat lesen inda kenampakan. Disyaki  ia mau memastikan adakah penghuni rumah kami sudah tidur atau belum. Ataupun mencuba remote control alarm dari jauh. Remote ani boleh berfungsi dalam jarak 100 kaki. 

Malam esoknya pada jam lebih kurang pukol 10.00 malam didapati ada sebuah kereta lalu dijalanraya menuju ke kg Sungai Asam (lihat gambar A), berhenti tidak jauh dari rumah yang didiami india dan tutup lampu kereta. Disyaki mengintip kami dari jauh dengan teropongku yang dicurinya. Apabila disuluh dengan torchlight (dolphin), ia terus start enjin, berpusing dan melarikan diri. 

Malam seterusnya lebih kurang jam 10.00 malam, ada sebuah kereta Soluna didapati berada dikawasan petak letak kereta G (lihat gambar B) bersembunyi disebalik pokok. Setelah disuluh dengan lampu torchlight, cepat-cepat ia pun start enjin, beredar tetapi lampu kereta inda dipasang. Warna kereta dan flat lesen inda nampak sebab tempat ani gelap walaupun ada lampu letrik tapi inda menyala. Disyaki ingin mencuri lagi kerana kunci kereta dan kunci rumah sudah dalam tangan.

Malam seterusnya selama 5 hari berturut-turut, sebuah kereta Soluna didapati berada dijalan kampong Sungai Asam (lihat gambar A )  sekitar jam 10.00 malam. Seperti biasa apabila disuluhi dengan lampu yang baru dibeli dengan kuasa 1,000,000  candle light ia pun start enjin terus cabut lari.

Pada hari rabu 14.8.02, aku baru balik dari kedai. Pada jam 6.55 petang didapati kereta Soluna berada dijalanraya Kg Sungai Asam lagi (lihat gambar C). Aku merakam gambarnya dengan video camera. Gambar kurang memuaskan kerana hari sudah gelap. Video rakaman boleh download dibawah. Kerana hati sudah inda sabar, selepas menggambar aku terus turun kebawah menuju kekereta. Masa kan masuk kekereta aku nampak ada sebuah kereta mazda 929 lama flat lesen BH berhenti dibelakang Soluna ani. Melalui cahaya lampu mazda keluar seorang lelaki menuju kearah kereta Soluna tadi. Selepas atu kereta Soluna atu pun start enjin dan jalan sambil diekori oleh mazda tadi. Disyaki 2 perkara, (1) Mazda tadi adalah penduduk kampong sungai Asam yang syak dengan perbuatan pemandu Soluna lalu menyuruhnya beredar. Atau (2) geng Soluna atu jua.

Aku pun terus start enjin dan menuju kesimpang masuk kekampong sungai Asam. Satu-satunya jalan keluar masuk kekampong Sungai Asam. Pada masa atu tah aku terlihat kereta Soluna Hijau dengan flat lesen BPXXXX (ada numbor 6 dan 8) baru keluar dari simpang menuju ke Sungai Kebun. Dibelakangnya kereta mazda 929 tadi. Aku ekori durang. Dikedai depan kubur kereta Soluna hijau tadi berpusing balik menuju ke Lumapas. Kereta mazda 929 warna kehijauan tadi pun ikut berpusing mengekori belakangnya. Masa ani tah pemandu Soluna atu perasaan yang aku melihat ia. Cepat-cepat diangkatnya muanya, ditapuknya muanya disebalik pelindung silau cahaya (atas kepala). Masa ani aku ingat flat lesennya tapi mungkin kerana terlalu geram dan marah apabila sampai dirumah aku sudah lupa numbornya. Yang terbayang difikiran ialah BP8684, BP6864, BP6864, BP1620 dan BP1602. Entah yang mana satu lurus tapi perasaanku angka 6 dan 8 atu ada. Tapi kalau ku terlihat lagi Soluna ani gerenti aku dapat cam (teka) sebab dalam kawasan mukim Lumapas ani aku ganya nampak ada 2 buah Soluna hijau. Sebuah milik guru ugama perempuan di Lumapas. Inda mungkin kedidia.. Lampu sebelah kirinya (orang yg disyaki) nampak kurang cahaya sedikit ataupun terturun. 

Hari khamis 15.08.02 dan jumat 16.08.02 kereta Soluna Hijau ani inda lagi kelihatan dijalan Kg Sungai Asam. Akhir-akhir ani banyak berlaku kecurian di Kg Kasat, Lumapas dan yang terbaru dirumahku Kg Lupak Luas. Selagi ia belum tertangkap, selagi atu ia akan terus mencuri. Siapa lagi yang akan menjadi mangsa. Sebab atu tah adalah wajar bagi setiap penduduk kampong untuk memata-matai mana-mana kereta yang berhenti dikawasan gelap sambil menutup lampu dikawasan kampong.

Aku ani sememangnya jenis akhir tidur malam. Aku mula menulis cerita ani pada jam 12.00 tengah malam, malam Sabtu 17.08.02.

GAMBAR

POLAROID PDC640

640 X 480 pixel.

 

Video Klip

Gambar C (401kb)

Selesai.

08/17/02 03:26:05:AM